Thursday, 26 May 2011

Pelan Takaful @ Insurans Mana Yang Terbaik?

Bagi menjawab soalan di atas, jawapannya adalah – semua plan yang terdapat di pasaran adalah baik, cuma tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga adalah memilih yang terbaik dan bersesuaian dengan keperluan anda.

Sekiranya anda masih tercari – cari plan insurans / takaful untuk keluarga, ataupun sudah memiliki salah satu darinya, pastikan plan tersebut dapat:

1) Membayar hutang sekiranya anda sudah tidak berupaya bekerja

Sekiranya pencari nafkah hilang upaya bekerja, pastikan plan tersebut dapat menggantikan wang gaji anda agar hutang – hutang tetap seperti hutang kereta, hutang peribadi, hutang kad kredit dan lain – lain, dapat diganti seperti mana sebelumnya. Bayangkan jika anda sudah tidak bekerja, punca pendapatan automatik lenyap begitu sahaja, mungkin ada sedikit simpanan di sana sini, tapi tak mungkin dapat menanggung sehingga 10 tahun atau lebih bukan? Di sini lah pentingnya plan insurans / takaful tadi.

2) Wang sara hidup keluarga dapat diwujudkan walaupun anda sudah hilang upaya bekerja

Katakan orang, kehidupan perlu diteruskan. Tapi kalau hilang punca pendapatan, nak meneruskan kehidupan agak memeritkan, setuju? Bayangkan gaji RM 4 ribu RM 6 ribu tup tup dah hilang..mesti keluarga akan mengalami satu keadaan dipanggil bencana kewangan, iaitu kehilangan punca pendapatan yang berlaku secara tiba – tiba akibat kegagalan pencari nafkah utama yang sudah tidak mampu bekerja.

Perkara ni penting, jadi pastikan jumlah coverage yang anda ambil, dapat menggantikan gaji anda untuk keluarga agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Jangan pula beli insurans tapi basic coverage setakat RM 60 000, tak sampai setahun boleh habis.

Bagi suami yang bekerja seorang, perkara ini tidak boleh diambil mudah, kerana isteri anda pastikan akan tenggelam punca apabila anda sudah tidak mampu memberikan nafkah bulanan kepada beliau dan kebuntuan isteri anda untuk mencari nafkah bagi menggantikan tempat anda…

3) Mengurangkan beban kewangan sekiranya ahli keluarga ditimpa penyakit

Kalau anda tahu kos untuk merawat penyakit kritikal pada hari ini, anda tentu tak berani nak beli kereta atau rumah. Mana taknya, kos tersebut boleh membeli rumah, boleh membeli kereta. Maknanya, kos merawat penyakit kritikal pada hari ini melonjak tinggi dalam masa 10 tahun ini.

Demi menyelamatkan simpanan atau pelaburan anda, pastikan plan insurans / takaful boleh memberikan satu jaminan kewangan bagi mengurangkan beban kewangan anda sekiranya anda atau salah seorang ahli keluarga ditimpa penyakit kritikal.

4) Jaminan kewangan bagi pelaburan pendidikan anak – anak

Tujuan murni anda bakal tersekat sekiranya anda hilang upaya bekerja selamanya. Bermakna, anda sudah tidak mampu menabung untuk pelaburan pendidikan anak – anak anda. Plan insurans / takaful pada hari ini menyediakan satu jaminan kewangan dan pelaburan, sekiranya pencari nafkah meninggal dunia / hilang upaya bekerja / mendapat penyakit kritikal.

Jadi, pastikan plan yang anda pilih dapat menjamin perkara ini.

5) Jaminan kewangan untuk pelaburan hari tua

Kadang – kadang, panas disangka sampai kepetang, tapi hujan pula ditengahari. Pelaburan yang anda simpan mungkin akan tersekat jika anda hilang upaya bekerja. Kalau boleh, ambil basic coverage yang tinggi, supaya sebahagian kecil dana tersebut dapat digunakan bagi tujuan pelaburan hari tua.

Sekiranya basic coverage tinggi, dan dana ini dapat menggantikan gaji anda secara bulanan, keluarga boleh bertenang sedikit kerana jaminan kewangan bagi kehidupan masa hadapan mereka sudah tersedia. Dengan ini, perancangan hari tua dapat dirancang semula dengan lebih efektif.

6 ) Pelaburan

Ramai orang beli insurans, mahukan pelaburan dan jamina kewangan semula selepas 20 tahun mencarum. Ya itu betul, tetapi pastikan perkara 1 – 5 di atas dipenuhi dahulu sebelum memikirkan soal pelaburan. Mungkin anda hanya mempunyai bajet RM 100, tapi anda juga mahukan pulangan pelaburan tinggi selepas beberapa tahun, rasanya langkah ini tidak berapa sesuai.

Nasihat saya, pastikan perkara 1 – 5 tadi dapat dipenuhi dan dijamin, barulah kalau anda ada duit lebih, bolehlah membuat pelaburan untuk pelbagai tujuan.

Ada juga agen insurans / takaful tanpa menyelidiki latar belakang kewangan anda, terus memberikan plan dengan basic coverage yang rendah ( walaupun pulangan tinggi ). Bagi saya langkah ini tidak berapa sesuai, kerana jika anda menerima plan agen terbabit, maknanya anda hanya membeli produk. Produk yang mungkin jika anda guna, akan habis dalam masa yang cepat ataupun produk yang tidak memenuhi keperluan kewangan anda, walaupun produk tersebut bagus dalam pasaran.

Apa yang patut anda buat adalah, beli PENYELESAIAN / SOLUTION kepada masalah kewangan anda yang memenuhi keperluan kewangan keluarga sekiranya kecemasan berlaku.

Tempoh yang paling kritikal

Tempoh yang paling kritikal untuk anda membeli insurans / takaful ini adalah tempoh dimana anda berada dikemuncak kehidupan iaitu semasa anda banyak hutang, semasa anda menanggung isteri dan anak – anak yang masih kecil, masih menanggung orang tua, masih mempunyai pelbagai komitmen kewangan yang banyak….tempoh ini lah yang paling penting bagi diri anda untuk mempunyai satu plan insurans / takaful yang komprehensif.

Bila dah sampai tua, kurang sedikit komitmen kewangan dan keperluan insurans / takaful tersebut, disini anda boleh tumpukan kepada insurans kesihatan dan lain – lain yang berkaitan.

Kenapa Penting Sangat Takaful @ Insuran? Perlu Ke Ada?


Soalan 1 : Alaaa...nanti dulu...fikir dulu..!
>> tidak mengapa...lama kelamaan mesti dia ambil juga..tapi nak tunggu sampai bila tu? jangan sampai tua sudahlah, sebab premium atau sumbangan dah jadi tinggi, jangan sampai sakit..sebab dah tak ada company insurans nak tanggung...ambil la sementara masa muda..kuat bekerja..dan tahukah anda?..bayaran sumbangan murah ketika masih muda dan sihat, ia tidak akan meningkat sehingga kita berumur 80 tahun. Insyaallah kalau panjang umur...

Soalan 2 : Apa untungnya jika saya ambik takaful / insurans ni?
>> Banyak keuntungannya, salah satunya untuk masa akan datang.. kehidupan anda telah terjamin. Kita hanya mampu merancang, tapi segalanya Tuhan yang menentukan. Cuba anda kira, berapa kos rawatan perubatan pada zaman sekarang?di hospital kerajaan mahupun hospital swasta? Cuba anda kira berapa kerugian anda jika anda tiada perlindungan takaful / insurans? Andai ditakdirkan anda dimasukkan ke wad dan menerima rawatan di hospital tersebut, segala bil dan perbelanjaan serta kos rawatan tersebut adakah anda mampu untuk membayar jika nilainya berpuluh ribu? Kalau anda masih berfikir..tunggu dulu..sudah semestinya anda tahu bila anda akan jatuh sakit.


Soalan 3 : Saya dah ada simpanan untuk anak anak..
>> Bagus..Alhamdulillah ... bertuah anak - anak anda ... tapi cuba anda fikir, jika sesorang bapa menghidap penyakit kronik atau tidak mampu bekerja..rase - rasenya siapa pula nak simpankan untuk anak - anak dia ye? (isteri ke...mungkin...bagaimana pula dengan rawatan perubatan suami suami?nak pakai duit mana ye?)... lagi haru biru dibuatnye kalau duit yang di simpan untuk anak - anak itu di guna pakai....nampaknye makin ramailah anak - anak yang berhenti sekolah ... anak - anak yang cerdik pandai tak dapat nak belajar... mungkin ada juga yang akan disiarkan dalam rancangan Bersamamu TV3... itulah sebenarnya datangnya keuntungan insuran / takaful yang akan menjamin simpanan anda disamping membiayai kos perubatan anda sekeluarga.

Soalan 4 : Sorry, saya tak minat insurans / takaful ni..
>> Bab mana yang tak minat tu encik....?insuran / takaful bukanlah sesuatu yang harus diminati atau sesuatu yang ada...adalah...takder... takderlah...ianya merupakan satu keperluan pada sekarang. Zaman dahulu kala kalau tak ada mungkin tak ape kot..tapi bukan zaman canggih ni....sekurang - kurangya kita harus berkembang dengan berubahan zaman...tapi encik, ada insuran kereta tak? kalau ada kenapa ye encik? rasa penting tak insuran kete tu bila kena langgar ke..nak claim ke...?

Soalan 5 : Company saya dah cover medical..ok lah tu....
>> Sampai bila tu encik? sampai pencen?... andai kata semalam seorang perkeja di syarikat tu disahkan menghidap kanser... well..dah tentu tak dapat nak perform kerja dengan bagus kan..sbb kena buat rawatan la...kena rehat la..kena ambik MC la...so kerje tak perform.. kalau cik jadi boss, cik buat apa dgn perkerja tu? budak sekolah pun tahu jawapan ni..kalo dah kena berenti, ingat - ingat senang tak nak cari kerja?.. at least kalau ada insurans / takaful, dengan pampasan dan elaun - elaun sekian.. encik boleh mulakan hidup baru dengan perniagaan dan sekurang - kurangnya encik masih boleh meneruskan kehidupan seperti sediakala walaupun sudah tidak mampu bekerja.Macam mana..?

Apa - apa pun..jadikan Medical Card sebagai IC kedua atau cashless anda yang sentiasa ada bersama anda kemana sahaja di dalam dompet kecil anda. Let's you know something, if i know you have a medical card in your wallet, i will declare you as the richest person who walk around with hundred thousand in your pocket..

Pengertian & Ciri - Ciri Takaful

"Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan Bersama iaitu yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta - peserta jika diperlukan di mana pesrta- peserta sama - sama telah bersetuju untuk memberi sumbangan bagu maksud itu"

Ciri - Ciri Takaful

1. Sistem Syariat Islam
2. Sumbangan Tabbarru'at
3. Pelaburan Halal
4. Majlis Pengawasan Syariah
5. Tiada Unsur Maisir
6. Tiada Unsur Riba
7. Tiada Unsur Gharar
8. Perkongsian Keuntungan

Bagaimana Sistem Takaful Berfungsi?

1. Sistem Takaful boleh diibaratkan seperti Tabung Khairat Kematian masjid / Surau di mana ahli khariah memberikan sumbangan yang ditetapkan untuk membantu ahli - ahli khariah yang lain sekiranya berlaku kematian.

2. Takaful juga adalah berperanan seperti Tabung Khairat Kematian, cuma ia meliputi satu komuiti ahli yang lebih besar dan menanggung risiko yang berbeza dari setiap ahli.

3. Konsep Tabarru'at ( Derma Bersyarat ) digunakan di mana setiap ahli membuat sumbangan dengan jumlah berbeza mengikut risiko yang dibawa. Setiap peserta juga menyumbang dengan niat membantu peserta lain sekiranya ditimpa musibah. Konsep Tabarru'at ( Derma Bersyarat ) tidak tertaklu kepada mana - mana rukun.

4. Syarikat Takaful adalah diibaratkan seperti masjid / surau yang mana ia menjadi pengendali / pemegang amanah kepada tabung ini. Cuma syarikat / pengendali takaful meggunakan wang yang disumbangkan untuk dilaburkan bagi mendapatkan keuntungan. Kemudian, keuntungan ini akan dibahagikan antara peserta dan pengendali.

5. Dengan keuntungan dari pelaburan inilah yang menanggung kos operasi syarikat pengendali.

Pengenalan Syarikat Etiqa Takaful


Pada tahun 2005, Mayban Fortis, sektor insurans dan takaful Maybank yang merangkumi Mayban General Assurance, Mayban Life Assurance dan Mayban Takaful bergabung dengan Malaysia National Insurance Berhad, syarikat insurans kebangsaan terbesar dan subsidiarinya, Takaful Nasional Sdn Bhd, operator Takaful terunggul di Malaysia. Penggabungan ini melonjak kedudukan Mayban Fortis sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia.

Pada akhir tahun 2007, usaha penggabungan dengan Malaysia National Insurance dan Takaful Nasional telah membawa kepada perubahan jenama untuk keseluruhan kumpulan insurans dan takaful ini kepada jenama - Etiqa. Etiqa manjadi jenama utama untuk semua perniagaan insurans dan takaful di bawah Maybank Fortis. Kelima-lima entiti perniagaan kini dikumpulkan di bawah 2 subsidiari utama, masing-masing untuk insurans dan takaful - Malaysia National Insurance Berhad kini dikenali sebagai Etiqa Insurance Berhad dan Takaful Nasional Sdn Bhd kini dikenali sebagai Etiqa Takaful Berhad.

Untuk tahun kewangan 2009/2010, jumlah premium terkumpul Etiqa adalah sebanyak RM 4.5 bilion (USD 1.45 bilion) sementara sumbangan Takaful adalah sebanyak RM 1.95 bilion (USD 631 bilion), menjadikan Etiqa sebagai syarikat insurans kedua terbesar di Malaysia dan operator Takaful yang terunggul di negara ini, dengan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 422 juta (USD 136 juta).

Pada hari ini, Etiqa menawarkan produk insurans dan takafulnya melalui pelbagai saluran seperti melalui 23,000 tenaga agensinya, 30 cawangan insurans dan takafulnya, lebih daripada 450 cawangan Maybank, ATM dan bank-bank pihak ketiga dan ini secara langsungnya menyediakan kemudahan sepenuhnya kepada para pelanggan.

Etiqa berpegang teguh kepada landasan jenamanya iaitu menginsakan insurans dan takaful. Di dalam industri yang mana perjanjian dipenuhi dengan salinan dan tulisan-tulisan kecil, Etiqa menginsankan proses ini dengan membuat perubahan melalui ketelusan, kekuatan dan kejujuran. Dengan asas yang padu, Etiqa mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan para pelanggan dan menjadi kehidupan mereka lebih bermakna.

Disokong oleh bank terbesar di Malaysia, keutuhan kewangan Etiqa menjadikannya lebih bersedia untuk menjadi syarikat insurans terunggul di Malaysia. Etiqa telah pun berada di kedudukan teratas untuk perniagaan Takaful dengan pegangan pasaran sebanyak 44% pada tahun 2010. Etiqa juga berada di tangga pertama dalam perniagaan insurans dan takaful hayat/keluarga (perniagaan baru) dan am.

Sejak dilancarkan pada tahun 2007, Etiqa terus mendapat pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa sebagai bukti keunggulannya di dalam industri ini. Etiqa telah memenang anugerah '‘Best Takaful Marketing’ di International Takaful Awards 2008 di London, anugerah ‘Most Outstanding Takaful Company’ di Kuala Lumpur Islamic Finance Forum 2008 and sekali lagi pada tahun 2009, anugerah ‘Best Brand in Services – Insurance and Takaful’ di Brand Laureate Award Night 2009 di Kuala Lumpur dan anugerah ‘Best Bancatakaful’ di International Takaful Awards 2009 di London.